Wednesday, December 2, 2009

Endau Rompin




Hutan Hujan Tropika Taman Negeri Endau Rompin telah pun wujud lebih daripada 1 juta tahun dan ia merupakan salah sebuah hutan hujan tropika yang tertua di dunia.

Ia meliputi kawasan seluas 488km persegi dan merangkumi selatan negeri Pahang dan sebahagian daripada negeri Johor

Di hutan Taman Negeri Endau Rompin terdapat kira-kira 14000 spesis tumbuhan berbunga, 600 spesis bunga, 140 spesis ular, 150 spesis katak dan lebih daripada 1000 spesis serangga.

Expedisi saintifik tahun 1985 telah mengenalpasti lebih dari 25 spesis tumbuhan baru yang endermik dan formasi batuan yang terdapat di hutan dianggarkan dalam lingkungan 248 juta tahun !!

Kepelbagaian flora dan fauna di Taman Negeri Endau Rompin menjadi tumpuan kepada peminat alam semulajadi. Antara pokok hutan hujan ialah Palma Gergasi dan Buluh Memanjat

Taman Negeri Endau Rompin juga merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar seperti babi berjanggut, yang tidak terdapat di tempat lain

0 comments:

Post a Comment